Beri Kejutan Untuk Yang Tersayang Dengan Wakaf

Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadi An-Nasr merupakan pusat pengajian tradisional yang telah ditubuhkan pada tahun 2017 di atas sebuah tanah wakaf.
Kami menyediakan pendidikan pengajian kitab dan tahfiz. Kami juga ada menyediakan pengajian bagi Anak Yatim, Orang Tua dan Muallaf.
Kami juga ada menyediakan pengajian khusus bagi anak muda Muallaf yang datang dari Sabah dan Sarawak untuk belajar selama 3 tahun.
KAMI PERLUKAN BANTUAN ANDA
Kami sedang dalam pembinaan Surau 2 tingkat bagi kegunaan mereka. Untuk pengetahuan, pembinaan ini adalah dalam fasa yang kedua, iaitu telah dimulakan sejak tahun 2017 dan tidak mampu siap disebabkan kekurangan kewangan.
Pada fasa pertama pembinaan, kami telah membina beberapa kelas pengajian, asrama dan dewan serbaguna. Pada fasa ke-2, kami akan membina surau 2 tingkat bagi kegunaan para pelajar.
Surau ini akan dijadikan tempat utama untuk solat berjemaah, pengajian kitab untuk kesemua pelajar, tempat para pelajar menghafaz Quran. MashaAllah, bayangkan setiap huruf yang dibaca oleh para pelajar, ada pahalanya untuk para pewakaf.
Bagi pembinaan surau ini, kami ingin mengajak anda bersama-sama berwakaf untuk akhirat. Kos pembinaan surau ini dianggarkan sebanyak RM250 ,000.
Kos ini sangatlah besar untuk kami menampungnya, tapi kami yakin anda mampu membantu kami dengan wakaf anda.
BAGAIMANA UNTUK BERWAKAF?
3 langkah mudah untuk menyumbang :
1) Teruskan membaca hingga ke bawah
2) Pilih berapa bahagian yang anda ingin wakafkan, sama ada untuk yang tersayang atau untuk diri anda sendiri
3) Lakukan pembayaran secara atas talian
PENUTUP
Para pelajar di sini pasti akan memanfaatkan surau ini sepenuhnya untuk pendidikan.
Selagi mana surau ini digunakan, dimanfaatkan, selagi itulah pahala akan mengalir.
Mereka pasti mendoakan kebaikan kepada para penyumbang. Boleh jadi, berkat doa mereka kita diberikan banyak lagi kebaikan.
Berwakaf dan niatkan pahala untuk ibu bapa yang sudah pergi, atau orang yang anda sayangi sebagai kejutan buat mereka di akhirat.
Sekiranya kejutan di sambutan ulangtahun cukup menggembirakan, inikan pula kejutan di akhirat, mashaAllah, pasti mereka sangat gembira.
Kami perlukan sebanyak 25,000 bahagian wakaf, 1 bahagian RM10 sahaja. Mari kita sama-sama berwakaf sementara peluang ini masih ada.
Sabda Rasulullah s.a.w. :"Setiap anak Adam akan terputus amalannya kecuali 3 perkara : Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh".
Sedekah jariyah yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah wakaf, iaitu sedekah yang berjalan pahalanya selagi mana wakaf itu digunakan untuk kebaikan.
Moga Allah mempermudahkan urusan anda, meluaskan pintu rezeki anda dan pahala yang melimpah ruah berkat wakaf anda hari ini, ameen.
Asal Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadi an-Nasr. Hanya pondok kecil yang hanya boleh memuatkan beberapa orang sahaja.
Proses pembinaan surau di sebelahnya.
Bumbung sudah didirikan.