Beri Mereka Kehidupan Yang Selesa Dengan Berwakaf

Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadi An-Nasr merupakan
pusat pengajian tradisional yang telah ditubuhkan pada tahun
2017 di atas sebuah tanah wakaf.
Kami menyediakan pendidikan pengajian kitab, tahfiz,
pengajian bagi Anak Yatim, Orang Tua dan Muallaf.
Kami juga ada menyediakan pengajian khusus bagi
anak muda Muallaf yang datang dari Sabah dan
Sarawak untuk belajar selama 3 tahun.
KAMI MEMERLUKAN BANTUAN ORANG RAMAI
Kami masih mengusahakan pembinaan
Surau 2 tingkat bagi kegunaan mereka.
Untuk maklumat terkini, pembinaan ini adalah
dalam fasa yang kedua, iaitu telah dimulakan sejak
tahun 2017 dan tidak mampu siap disebabkan kekurangan pembiayaan.
Pada fasa pertama pembinaan, kami telah membina beberapa
kelas pengajian, asrama dan dewan serbaguna.
Pada fasa ke-2, kami akan membina surau 2 tingkat
bagi kegunaan para pelajar.
DIMANAKAH WAKAF ANDA DISALURKAN?
Surau ini akan dijadikan tempat utama untuk solat berjemaah,
pengajian kitab untuk kesemua pelajar, tempat para pelajar menghafaz Quran.
MashaAllah, bayangkan setiap huruf yang dibaca
oleh para pelajar, ada pahalanya untuk para pewakaf.
Bagi pembinaan surau ini, kami ingin mengajak
ORANG RAMAI untuk bersama-sama berwakaf untuk akhirat.
Kos pembinaan surau ini dianggarkan sebanyak RM250 ,000.
Kos ini sangatlah besar untuk kami menampungnya, tapi
kami yakin anda mampu membantu kami dengan wakaf anda.
LANGKAH-LANGKAH BERWAKAF
3 langkah mudah untuk menyumbang :
1) Teruskan membaca hingga ke bawah
2) Pilih berapa bahagian yang anda ingin wakafkan, sama
ada untuk yang tersayang atau untuk diri anda sendiri
3) Lakukan pembayaran secara atas talian