Akaun wadi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Dengan Sedekah Rezeki Mengalir Seperti Air Dilautan

Dengan Sedekah Rezeki Mengalir Seperti Air Dilautan

Ketahuilah bahawa rezeki yang diperoleh merupakan pinjaman dari Allah, maka janganlah sombong dalam berkongsi rezeki kepada orang lain


 “Apabila seorang anak Adam mati, segala amalannya terputus, kecuali tiga perkara: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)



Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.


Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya.


Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu. Bagaimanapun, perkara itu perlu diubah.


Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan.







Kami sedang berusaha untuk membina generasi-generasi rabbani dan bakal pendakwah-pendakwah di masa akan datang.

Kami juga memerlukan bantuan anda untuk menampung kos operasi di Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadi An-Nasr. Ini termasuklah kos makanan, fasiliti dan sara hidup pelajar dan  tenaga pengajar.

Segala bantuan dan wakaf anda akan kami gunakan sepenuhnya untuk memberi keselesaan dan fasiliti terbaik buat anak-anak ini.


Semoga usaha kita dalam membina generasi yang lebih baik akan mendorong kita ke Syurga. 

Sumbangan kalian akan banyak memberi manfaat dalam perjuangan ini dan kami mendoakan segala urusan kalian dipermudahkan oleh Allah S.W.T.