Akaun wadi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PONDOK WARGA EMAS

PONDOK WARGA EMAS
Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadi An-Nasr merupakan
pusat pengajian tradisional yang telah ditubuhkan pada tahun
2017 di atas sebuah tanah wakaf. 

Kami menyediakan pendidikan pengajian kitab, tahfiz, 
pengajian bagi Anak Yatim, Orang Tua dan Muallaf. 

Kami juga ada menyediakan pengajian khusus bagi 
anak muda Muallaf yang datang dari Sabah dan
Sarawak untuk belajar selama 3 tahun.


KAMI MEMERLUKAN BANTUAN ORANG RAMAI

Kami masih mengusahakan pembinaan 
Pondok Warga Emas 2 tingkat bagi kegunaan warga emas yang ingin menetap dan mendalami Ilmu Agama di sini.. 

Untuk maklumat terkini, pembinaan ini adalah 
dalam fasa yang ketiga, iaitu telah dimulakan sejak 
tahun 2017 dan tidak mampu siap disebabkan kekurangan pembiayaan. 

Pada fasa pertama pembinaan, kami telah membina beberapa
kelas pengajian, asrama dan dewan serbaguna.

Pada fasa ke-2, kami akan membina surau 2 tingkat
bagi kegunaan para pelajar.

Bagi fasa ketiga pula- kami dalam proses pembinaan Pondok Warga Emas.


DIMANAKAH WAKAF ANDA DISALURKAN?
 
Pondok Warga Emas ini akan dijadikan tempat penginapan buat warga emas
yang ingin menetap dan mendalami Ilmu Agama.
 
MashaAllah, bayangkan setiap sumbangan daripada orang ramai
adalah sangat berharga untuk memberikan keselesaan buat mereka.
ada pahalanya untuk para pewakaf.

Bagi pembinaan pondok ini, kami ingin mengajak 
ORANG RAMAI untuk bersama-sama berwakaf untuk akhirat.
 
Kos pembinaan pondok ini dianggarkan sebanyak RM 30 ,000
Kos ini sangatlah besar untuk kami menampungnya, tapi
kami yakin anda mampu membantu kami dengan wakaf anda.


LANGKAH-LANGKAH BERWAKAF

3 langkah mudah untuk menyumbang :

1) Teruskan membaca hingga ke bawah

2) Pilih berapa bahagian yang anda ingin wakafkan, sama 
ada untuk yang tersayang atau untuk diri anda sendiri

3) Lakukan pembayaran secara atas talian


Semoga segala harta yang anda wakafkan akan
digantikan dengan nilai PAHALA yang besar 
dan berpanjangan.