Akaun wadi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Amalan Sedekah Membawa Barakah

Amalan Sedekah Membawa Barakah

Ketahuilah bahawa rezeki yang diperoleh merupakan pinjaman dari Allah, maka janganlah sombong dalam berkongsi rezeki kepada orang lain

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

SIAPA KAMI? 


Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadi An-Nasr merupakan pusat pengajian tradisional yang terletak di Kampung Sungai Seluang, Lunas, Kedah. Pusat ini telah ditubuhkan pada tahun 2017 di atas sebuah tanah wakaf. 

Kami menyediakan pendidikan pengajian kitab, tahfiz,  pengajian bagi Anak Yatim, Orang Tua dan Muallaf.

Kami juga ada menyediakan pengajian khusus bagi anak muda Muallaf yang datang dari Sabah dan Sarawak untuk belajar selama 3 tahun.


KAMI MEMERLUKAN BANTUAN ORANG RAMAI

Kami sedang berusaha untuk membina generasi-generasi rabbani dan bakal pendakwah-pendakwah di masa hadapan.

Alhamdulillah sekarang kami sudah ada seramai 60 orang murid dan akan menambah bilangan dari semasa ke semasa.


Kami memerlukan bantuan anda untuk menampung kos operasi di Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadi An-Nasr.

Ini termasuklah kos makanan, fasiliti dan sara hidup pelajar dan tenaga pengajar.


Segala bantuan dan wakaf anda akan kami gunakan sepenuhnya untuk memberi keselesaan dan fasiliti terbaik buat anak-anak ini.









Semoga usaha kita dalam membina generasi yang lebih baik akan mendapat redha Allah.


Semoga segala harta yang anda wakafkan akan digantikan dengan nilai pahala yang besar dan berpanjangan.